Selamat Meyambut Syawal October 9, 2008
Posted by waklibon in Uncategorized.trackback
Bulan Syawal bukanlah bulan Raya. Hari Raya Idul Fitri hanya satu hari. Terkadang kita suka mengadakan suatu yang tidak pernah diamalkan oleh para sahabat. Bahkan kita dianjurkan berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Maka dicampur dengan bulan Ramadhan, ia menyamai setahun penuh kita berpuasa.
Suatu ketika dahulu terdapat golongan yang jahil dikalangan kita berpuasa 6 hari di bulan Syawal dan menyambut lagi suatu hari raya yang dinamakan Raya Enam Syawal. Adalah pelik masyarakat mengada-ngadakan suatu yang tidak dianjurkan oleh RasuluLlah dan tidak diamalkan oleh para sahabat.
Anjuran berziarah tidak hanya tertentu di bulan syawal, bahkan kita dianjurkan untuk mengeratkan silaturrahim di bulan-bulan yang lain juga. Maka ia tidak bermakna kita akrab dan bermaafan di bulan syawal dan kita merosakkan balik silaurrahim di bulan-bulan yang lain.
Kita juga jangan merosakkan nilai taqwa yang ditanam selama sebulan berpuasa dengan kita melalaikan hati dengan sebulan lara, lalai, diisi dengan hiburan-hiburan yang merosakkan hati kita daripada berhubung terus dengan Allah. Taqwa itu dimana sahaja, bila-bila jua.
Comments»
No comments yet — be the first.