jump to navigation

Kem Jati Diri Remaja October 12, 2008

Posted by waklibon in Uncategorized.
add a comment

15-16 November 2008 Puskom (Pusat Komuniti) menganjurkan program pembangunan modal insan untuk remaja (13-15 tahun). Hasil kesedaran sahabat-sahabat akan pentingnya golongan shabab menjadi sayap kanan pergerakan Islam, tercetuslah usaha murni ini. Semoga ianya akan menjadi bukti akan pengorbanan dan perihatin kami dalam menyebarkan Dean Islam kepada golongan pelapis ini. Ianya bakal menjadi penyambung lidah dakwah kami.  Inilah harapan bagi kami untuk menuaikan hasil di Hari Akhirat kelak. Ya Allah, kami telah menyahut seruan Dean Mu, redhailah kami dan tetapkanlah kami di atas jalan keimanan dan ketaqwaan. Amin.

Kem Jati Diri 2008

Tazkirah Zuhor – Matlamat Hidup

Tazkirah Asar – Di mana Kebahagiaan

Tazkirah Maghrib – Islam Itu Tinggi

Tazkirah Isya – Kepentingan Solat

Tazkirah Subuh – Hakikat Kehidupan Dunia

Tazkirah Penutup – Jadilah Tentera Allah

Kem Jati Diri Remaja 2008


Selamat Meyambut Syawal October 9, 2008

Posted by waklibon in Uncategorized.
add a comment

Bulan Syawal bukanlah bulan Raya. Hari Raya Idul Fitri hanya satu hari. Terkadang kita suka mengadakan suatu yang tidak pernah diamalkan oleh para sahabat. Bahkan kita dianjurkan berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Maka dicampur dengan bulan Ramadhan, ia menyamai setahun penuh kita berpuasa.

Suatu ketika dahulu terdapat golongan yang jahil dikalangan kita berpuasa 6 hari di bulan Syawal dan menyambut lagi suatu hari raya yang dinamakan Raya Enam Syawal. Adalah pelik masyarakat mengada-ngadakan suatu yang tidak dianjurkan oleh RasuluLlah dan tidak diamalkan oleh para sahabat.

Anjuran berziarah tidak hanya tertentu di bulan syawal,  bahkan kita dianjurkan untuk mengeratkan silaturrahim di bulan-bulan yang lain juga. Maka ia tidak bermakna kita akrab dan bermaafan di bulan syawal dan kita merosakkan balik silaurrahim di bulan-bulan yang lain.

Kita juga jangan merosakkan nilai taqwa yang ditanam selama sebulan berpuasa dengan kita melalaikan hati dengan sebulan lara, lalai, diisi dengan hiburan-hiburan yang merosakkan hati kita daripada berhubung terus dengan Allah. Taqwa itu dimana sahaja, bila-bila jua.

Selamat Menyambut Idul Fitri October 9, 2008

Posted by waklibon in Uncategorized.
add a comment

AlhamduliLlah Hari Raya Idul Fitri tahun ini disambut dengan suatu yang unik tetapi telah lama di amalkan oleh RasuluLlah. Kami bersolat Idul Fitri di Padang Pusat Komuniti Wak Libon, bukan di surau atau mesjid seperti tahun-tahun sebelumnya. Saudara Hafiz menyampaikan khutbah yang menyentuh hati.

Suasana Hari raya perlu disambut dengan rasa kesyukuran dan ketaqwaan kepada Allah. Kita tidak mahu menyambut Idul Fitri ala jahiliah yang merosakkan hari mulia dengan amalan-amalan jahiliah dan khurafat; melalaikan hati dari mengingati Allah. Kegembiraan kita bercampur taqwa bukan kegembiraan yang berasaskan kelalaian.

TaqabbalaLlahuminnawaminkum……taqabbal..ya karim…

Ramadhan al-Mubarak October 9, 2008

Posted by waklibon in Uncategorized.
add a comment

AlhamduliLlah kita semua telah selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan 2008. Semoga amal kita diterima oleh Allah. Sepanjang menjalani ibadah puasa kita telah bersama-sama menunaikan solat terawih secara berjemaah. AlhamduliLlah semua merasai tanggungjawab untuk menyemarakkan malam ramadhan dengan imam yang berganti-ganti.

Saya merasa amat tersentuh dengan kerjasama sahabat-sahabat menghidupkan malam ramadhan dengan majlis ilmu dan tazkirah. AlhamduliLlah kita telah melatih rijal-rijal baru untuk menyampaikan tazkirah walaupun dengan kekurangan pengalaman dan ilmu. Ini adalah medan dakwah; medan dakwah adalah medan jihad. Sahabat-sahabat memberikan kerjasama tidak lari dari tanggungjawab dan medan perjuangan ini. Masing-masing memainkan peranan yang hasilnya hanya diukur dengan keikhlasan pengabdian kepada Allah.

Sahabat-sahabat juga melakukan tadarus al-Quran dengan suatu wajah yang amat berbeza dengan tahun-tahun yang sudah dimana setiap ayat yang dibacakan dihayati dengan makna dan pentafsiran satu persatu. Sahabat-sahabat bukan sekadar mengejar untuk tergesa-gesa khatam, atau sekadar mengambil berkat tetapi benar-benar menghayati isi kandungan dan mesej daripada al-Quran.

Kita juga dimeriahkan dengan kehadiran bakal ulama muda saudara Hafiz yang mengumandangkan bacaan merdu persis bacaan di Masjidil Haram. Kami mengagumi keberanian saudara Hafiz menegur secara lantang kesilapan-kesilapan lazim yang turun temurun diamali oleh masyarakat setempat. Ini mewarisi sikap ulamak-ulamak muktabar yang mujtahid, tidak takut untuk membuat islah kedalam masyarakat, tidak gentar meskipun terhadap umarak dan pelbagai tohmahan tidak berasas yang dilemparkan kepada beliau.

Semoga kita berjumpa lagi Ramadhan di tahun yang mendatang…Amin….